MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004 |
A'mualaikum,
Rasa terpanggil juga saya menyentuh soal "merajuknya" para
webmaster yang enam itu ekoran soal dalaman KeADILan. Cuma ingin saya katakan di sini,
mana-mana yang kurang tahu hujung pangkalnya, janganlah buat andaian atau menambahkan lagi
kekeruhan yang ada, kerana ini akan mengundang pihak-pihak yang memusuhi
DSAI/DSWA/KeADILan/BA dan para reformis/rakyat yang pro-reformasi mengkrik walaupun mereka
sendiri tidak jelas tentang apa yang berlaku. Lihat sajalah apa yang si Mamak tu cakap
semalam. Parti sendiri porak peranda, nak ambil tahu hal orang lain pulak. Tak malu
sungguh!!
Mungkin juga pengunjung FGR yang berpusat di PWTC/dibayar itu, akan
mengambil peluang dengan terus menggunakan isu ini bagi menimbulkan rasa marah dan benci
kita kepada para pemimpin K'ADILan dan juga webmaster(s) berkenaan.
Saya kira saya
tidak layak mengulas apa-apa di sini, cuma atas nama perjuangan yang ikhlas, mewakili
neters dan peminat setia laman web-r4mc merasa terkilan atas keadaan yang terjadi. Inilah
namanya perjuangan, menuntut kesabaran dan keikhlasan. Berilah sedikit simpati kepada DSAI
yang masih merengkok di penjara sedang kita masih mampu menikmati kehidupan yang selesa di
luar sini.
Kedua-dua pihak harus memahami dan sedar suasana@sentiviti semua yang
terlibat, kerana perjuangan selama ini adalah didokong oleh semua pihak termasuk yang di
belakang tabir. Apapun, kita harus mengakui betapa besarnya peranan para webmasters
berkenaan sehingga mampu mencetus pergerakan r4mc di kalangan rakyat Malaysia. Ini adalah
satu sejarah dalam arus perdana IT era Mahathir.
Oleh itu, untuk menghadapi p'raya
Teluk Kemang, berehatlah dulu seketika sehingga perkara ini diselesaikan dalam parti. Saya
percaya, beberapa pihak telah melakukan susulan dan perbincangan dengan beberapa pihak
yang terbabit. Mudah-mudahan Allah mendorong kita semua menemui jalan penyelesaian yang
lebih mudah. Berdoalah kita semua. Marilah kita rapatkan barisan kita untuk meneruskan
agenda dan cabaran di hadapan. Insya-Allah!
wassalam
Dahlia/KL
|